Friday, 29 July 2011

selamat datang

assalamualaikum semua..
blog ini akan bermula dengan cerita saya tentang perusahaan nasi arab yang telah saya dan isteri (puan norma) telah jalankan selama ini...
sejak lebih 15 tahun kami bermula dengan menerima tempahan nasi arab (daging/ ayam/ kambing) hanya daripada rakan-rakan dan jiran tetangga. pada mulanya, memang tidak yakin untuk mengembangkan bisnes ini. tetapi, setelah mendapat banyak nasihat dan sokongan, kami mula yakin dan berazam untuk membuka perniagaan ini untuk semua. tambahan pula setelah melihat banyak restoran arab yang beroperasi di sekitar ampang dan kuala lumpur berjaya menarik ramai pelanggan untuk datang. ternyata, rakyat malaysia boleh menerima hidangan yang berasal dari negara arab ini.
alhamdulillah... walaupun kami bermula dengan hanya beroperasi di medan selera secara kecil-kecilan lagi (tidak se-gah restoran arab lain...) namun, kami menerima sokongan padu dari pelanggan tetap yang selama ini sering merungut kerana sukar mendapatkan nasi arab dalam kuantiti kecil.... hehe.... katanya nak makan nasi arab ustaz osman kena tempah2 sebelum ni... tapi InsyaAllah lepas ni boleh dapatkan terus..
kepada yang belum mencuba... datanglah untuk merasa keenakan nasi arab air tangan isteri saya ya...
jika ada cadangan atau komen boleh diajukan terus kepada kami... InsyaAllah kami akan cuba meningkatkan mutu dan qualiti perkhidmatan kami dan doakan semoga perniagaan ini berjaya dan dikembangkan lagi pada masa akan datang...